Subscribe:

Friday 19 April 2013

PERKHIDMATAN MESIN BASUH KEMUDAHAN YANG BAKAL DISAJIKAN OLEH KOPERASI IPGKSM


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SERTA SALAM 1 MALAYSIA

Perkhidmatan mesin basuh merupakan antara keperluan seharian oleh mahasiswa/i sekalian. Oleh yang demikian, koperasi IPGKSM yang akan dibantu oleh JPP dan seluruh warga mahasiswa/i akan berusaha untuk menjayakan kemudahan perkhidmatan ini. Selaras dengan itu, setiap maklumat akan diwar-warkan kepada anda semua. Insya Allah dengan harapan daripada pihak koperasi dan disokong oleh warga IPGKSM yang lain, perkhidmatan ini akan dijalankan secara beransur-ansur kerana ianya melibatkan peruntukan yang amat besar. 

Namun, kami selaku wakil mahasiswa/i sekalian akan berusaha sedaya upaya yang mungkin bagi merealisasikan perkhidmatan ini. Nescaya, dengan kerjasama daripada anda semua maka ianya akan berjalan lancar dan kita semua pasti dapat menikmati perkhidmatan ini. Bukan janji tapi pasti dan setiap cadangan anda amat kami alukan demi meningkatkan mutu perkhidmatan di IPGKSM ini. 

@KAMI SAYANG ANDA SEMUA.ITU YANG UTAMA@   


0 comments: